Monday 26 November 2012

An Exhortation From My Beloved Compeer

Assalammualaikum w.b.t dan selamat malam kepada viewers :)
Dah makan malam ? Solat Maghrib dah tunaikan ? yang belum tu gi pause dlu eh youtube tu . Buat yang wajib dlu.

Okay apabila kita melihat title post pada hari ini . Ianya bertajukkan nama buah hati saya yang saya cintai . Bukan dia yang post benda ni ok . Saya yang karangkan . Pada malam ini , tiada juga artikel yang akan menyenangkan hati anda semua kerana tujuan saya mengarang pada malam ini kerana saya ingin menyampaikan sedikit nasihat dan memberitahu bagaimana saya jatuh hati pada si dia .

Sebelum saya mulakan dengan cerita ini , benarkan saya membuka lagu Ragae dan memperkenalkan teman lelaki saya yang saya amat cintai juga sehingga sekarang kami berkawan . 

Ahmad Zakwan bin Johari , itulah gerangan teman lelaki saya yang telah diberi rapi oleh Encik Johari dan dipersetujui oleh bini nya . Mengapa ada kaitan dengan Zakwan ni ? Itu kan persoalan tuan-2 dan puan-2 pada malam ini ? Ingat lagi ex girlfie saya ? Selepas saya dan dia lost contact , Zakwan ni lah peneman saya . Dia lah yang memberi nasihat , membangkitkan semangat saya kembali . 

Zakwan pernah berkata kepada saya , dan saya juga mengingatinya sehingga sekarang . 
           " Jangan mencari teman hati jikalau kau terasa terdesak atau sunyi , nanti kau yang sedih "
Saya akui dlu saya mencari teman hati kerana saya terasa diri ini sunyi dan saya salah pilih . Terlalu mengikut kehendak hati tanpa berfikir , saya yang memakan diri.  Mengapa kata-2 zakwan itu anda dan saya rasa possible? 

Jikalau kita sedang solo , kita selalu berfikir dan envy dengan orang yang mempunyai kekasih . Impak sedih itu datang dengan sendiri dan kita akan ber-ia-2 untuk mencari teman hati kita . Selepas kita jumpa kita akan beri harapan yang amat tinggi kepada dia . Sedangkan kita tidak tahu bahawa cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan .

 Bro , your words always with me . Other than that , your secrets always safe with me .

Real friends is there whenever you're sad

Baiklah , pada hari ini juga . Saya seikhlas hati akan menceritakan tentang kekasih hati saya . Norhazwani binti mohd yaacob . Nama yang telah terukir pada hati ku yang tidak akan berubah walaupun nyawa ini sudah hampir di hujung-2 nafas.

Saya mengenali dia sudah 1 tahun , tetapi kami baru bersama dalam 1 bulan lebih . Apakah kelainan yang ada pada beliau? Beliau tidaklah secantik Neelofa. Beliau juga tidaklah se"sexy" Edward Cullen. Tetapi dia hanyalah insan yang sederhana dengan hati budi yang baik yang telah menarik hati saya untuk berkenalan dengannya. 

Ingin diceritakan lagi bahawa setiap perlakuan yang ingin dia lakukan akan ditanyakan kepada abie dia yang tercinta dahulu . Kadang kala apa yang dia buat tidak disukai oleh saya. Jikalau saya membantah , dia tidak akan lakukan . Sekarang baru saya dapat rasa cinta yang betul-2 datang dari hati yang murni bukannya kerana harta mahupun atas dasar apa apa lah. 

 
 Sekian, sampai disini sahaja ya viewers semua . Akan ku karangkan lagi jikalau mempunyai masa .


Di karang oleh Freddy Haans