Sunday 10 February 2013

A very great and long journey

Assalammualaikum w.b.t kepada semua viewers yang dikasihi.
Di sini saya ingin mengarang sedikit cerita tentang perjalanan ku pada 8hb februari 2013.
Secara ringkasnya saya telah bercadang untuk ke Sitiawan Perak untuk berjumpa dan menyuaikan dan mensuaikan diri dengan family jauh yang tercinta.

Pada 4 Februari 2013 , Kak anis telah membantu saya untuk mendapatkan ticket pulang ke perak dari mersing. Dengan kepayahan saya kerana tidak ada kenderaan untuk ke bandar mersing pada waktu ini telah membuatkan saya meminta bantuan daripada kak anis.

Ticket telahpun di hanta ke Politeknik Mersing Johor, hati ini sungguh gembira yang teramat . Tidak dapat ku bayangkan , kerana kami berdua sudah hampir 4 bulan tidak bertemu . Jiwa raga kami amat terseksa sekali.
Hari demi hari , 8hb februari telah pun tiba. Pada jam 12.00 tengahari kelas "Communicative English" telah menghabiskan minggu pelajaran untuk minggu itu. Daku terus berlari untuk ke kamsis kerana bas akan bertolak pada jam 12.30 tengahari. Saya telah meminta sekali lagi untuk kak anis membantu saya menghantar ke terminal bas di mersing.

Semasa perjalanan , kak anis ada berpesan supaya hati-2 ketika di tempat orang . Saya amat gembira kerana saya tidak mempunyai kakak kandung . Mendapat perhatian daripada seorang kakak amatlah membuatkan hati ini gembira. Sesudah sampai ke terminal  , saya terus melihat-2 kekiri dan kekanan . Tetapi bas tidak ada di persekitaran.

Saya bingung , jam tepat pada 12.30 tengahari . Terdetik di hati dan saya bermonolog ,
                              " Di manakah bas itu ? "
Saya pun terus ke kaunter untuk membuat sendikit pertanyaan.

                              " Assalammualaikum , Kak tumpang tanya. Bas ni dah bergerak ke?"
                              " Adik beli kat kaunter ni ke ? "
                              " Ya saya beli di kaunter ni , pada hari isnin "
                              " Bas rosak lah dik , pagi tadi dia inform kat akak . "
                              " Habis tu ? Macam mana kak?  ada pegantian bas tak ? "
                              " Okay , akak bagi adik tiket bas ke KL lepas tu adik cari sendiri tiket untuk ke lumut? "

Mendengar sahaja Kakak kaunter itu , saya terus menjadi gelisah serta risau . Bagaimanakah nasibku selepas ini ? Adakah aku akan membatalkan niat aku ?
Tanpa melengahkan masa , saya terus menelefon yang tersayang

                              " Assalammulaikum , baby bas rosak sayang . Dia bagi abie tiket pegi KL "
                              " Waalaikummussalam , laa kenapa macam tu ? Abie kena naik LRT ke pudu lepas tu            .                               cari tiket bas untuk ke lumut "
                                (Ringkasan)

Saya secara jujurnya , tidak pernah menaiki LRT mahupun menjejakkan kaki saya ke KL berseorangan . Hati ini bertambah gelisah . Dengan tiada pengalaman ke KL juga bertambah pula menaiki LRT , saya terdiam seketika . Mengapakah Allah memberi saya sebegini dugaan?
Walaupun dugaan itu amatlah besar bagi saya, akan tetapi hati ini tergerak untuk ke Perak. 

Syukur Alhamdulillah Syafiqah amira rakan sekelas saya menaiki bas yang sama . Dia tinggal di Cheras , Kuala Lumpur . Dengan kesempatan ini , saya meminta bantuan dia untuk mengajar saya menaiki LRT .
Hampir 7 jam perjalanan dari Mersing ke Kuala Lumpur , hal ini kerana , kesibukan lalu lintas di lebuh raya akibat tahun baru cina.

Setelah sampai ke destinasi ( Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ) , saya telah di ajak oleh syafiqah untuk mengeyangkan diri dahulu sebelum ke Puduraya untuk membeli tiket ke Lumut. Setelah perut jumpa rakannya , jam menunjukkan tepat pada 8 30 malam. Kami berdua bergegas ke LRT untuk ke Puduraya . Ini adalah kali pertama saya di TBS. Jakun itu hadir dengan sendirinya , kesesakan orang di TBS amatlah memberangsangkan . Nahtijahnya , amat sukar untuk membeli tiket LRT. Alhamdulillah , syafiqah telah terfikir untuk menggunakan IC sebagai Touch 'n' Go . Dengan ringkasnya kami mendapat LRT .

Saya amatlah teruja dengan keadaan LRT itu , laju murah selesa . Harga hanyalah RM1.70 tetapi jaraknya sungguh jauh . Sepatutnya Johor bahru juga haruslah mempunyai LRT sedemikian bagi mengurangkan kesesakan lalu lintah yang kerap dialami di Johor Bahru.

Setelah sampai di Puduraya , kami ke kaunter unutk mencari tiket ke Lumut . Kebanyakkan tiket ke Lumut telah habis pada malam itu .. Saya agak risau juga sedih kerana saya terbermalam di Kuala Lumpur. Berganda-ganda dugaan telah diberi . Saya tetap tidak mengaku kalah untuk ke Perak. Alhamdulillah sekali lagi Allah telah membantu saya , saya telah mendapat tiket ke Lumut pada esok hari jam 7.30 pagi . Syafiqah  menelefon bapanya kerana saya ingin bermalam dirumahnya. 

Keesokkan paginya,  syafiqah telah membantu saya untuk menghantar saya TBS. Saya amat bangga diri saya , kerana saya telah pandai menaiki LRT bersendirian. Itulah pengalaman yang amat saya kagumi ! Saya sampai ke Puduraya pada jam 7.00 pagi . Persiapan telah dibeli oleh saya seperti Air kosong dan sandwish sebagai alas perut saya . 

Jam tepat pada pukul 7.30 pagi tetapi bas tidak muncul lagi , sedikit kerisauan telah hadir di hati. Hati ini tergerak untuk meneleofon kaunter EtikaExpress.

                          " Assalammulaikum , tumpang tanya . Tiket bas untuk ke lumut pada jam 7.30 pagi sudah   .                           bergerak ke? 
                          " Ha? Mana ada tiket bas ke lumut jam 7.30 pagi pukul 10 pagi ada lah " (Nada tinggi)
                          " Cuba kau check tiket kau tu "

Pabila saya melihat kembali tiket yang telah dibeli , terpapar 7.30 malam bukannya 7.30 pagi . Saya menepuk dahi , dengan cepat saya menelefon kekasih saya dan memberitahu hal yang sebenar. Kekasih saya memberitahu supaya saya ke kaunter dan meminta untuk menukar tiket. Dengan segara saya berlari ke tingkat 2 untuk menukar tiket.

Setelah sampai ke kaunter , saya memberitahu kakak itu perkara yang sebenar . Kakak itu simpati atas kes ini dan memberi tiket bas pada jam 10 pagi . Hati ini lega walaupun sedikit sedih , saya merancang untuk terus menunggu di lobi Puduraya . Terima kasih kepada Norhazwani binti mohd Yaacob , kerana setia menunggu dan menemani saya . Tidak lupa juga kepada syafiqah amira kerana telah membantu saya.

9hb februari 2013 , tepat jam 3.40 petang . Saya sampai ke Lumut , Perak. Dengan hati yang lega , saya terus melihat-2 sekiling sambil menghantar pesanan ringkas kepada kekasih hati yang saya sudah sampai ke destinasi . Saya terlihat permandangan yang amat cantik di hadapan saya . Saya terus ke sana sambil menunggu kekasih hati sampai. Mengambil sedikit gambar dan diberikan kepada kekasih hati sebagai klue untuk mencari saya .

Semasa berada di dalam bas, seorang apek cina dari Air hitam johor telah meluahkan perasaan sedih kepada saya mengatakan dia amat sedih kerana tiada tiket bas ke lumut.
(Ringkasan)
Air hitam - Johor Bahru (Tiket ke lumut habis)
Johor bahru - Kuala Lumpur (Menyangka JB mempunyai tiket tetapi kesedihan mengundang)
Kuala Lumpur - Pudu Raya  (Sampai jam 12 malam , tetapi tiket pada jam 10 pagi , bermalam di pudu raya)
Pudu Raya - Lumut

Hampir 20 minit menunggu , saya telah dikejutkan dengan panggilan " Abie " di belakang . Saya menoleh ke kanan dan terlihat seorang gadis berbaju cream . Itulah kekasih saya , hati ini tidak dapat menahan sebak dan kesedihan . Air mata kegembiran turun menjejaki tanah . Namun saya dapat menahan kerana tidak ingin kekasih hati turut bersedih . Saya terus mengajak kekasih hati ke Jusco untuk menjamu selera. Setelah siap makan bersama , kami berdua mencari hotel untuk saya bermalam . Saya bermalam di Mirama Hotel di sekitar Sitiawan.

Pada 10 februari 2013 kami berdua ke Bukit Merah Laketown Resort , ingin memohon maaf kerana saya terlalu penat jadi sedikit potret sahaja yang dapat dipaparkan.























Gambar dia quite terabur lah , korang pandai-2 la yeh.. Saya dah mengantuk sangat nih.
Lastly .

I will always be with you, dear  <love3.
NorHazwani Binti Mohd Yaacob


Di karang oleh Freddy Haans

Friday 30 November 2012

Yearn Paramour

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua . 
Kehadiran saya disini , ingin merungkaikan sesuatu perasaan yang amat rindu akan kekasih hati . 
Sebelum menulis tentang perasaan , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana rakan-2 dota addict memberi sokongan terhadap saya untuk menulis blog ini dengan lebih rakusnya . Selain itu , mari kita doakan agar saudara kita di Palestine dalam keadaan yang baik . Semoga Allah s.w.t membantu mereka di sana. Semoga yang telah pergi (jihad) berada di Syurga InsyaAllah. 

Baiklah , kehidupan saya kini tidaklah semakin gembira. Semakin hari semakin rindu . Rindu itu juga telah membuatkan saya kadangkala beremosi . Lidah ini terkelu dan terpaku di sudut tingkap dengan mengenangkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t 

Dugaan yang diberi-Nya amat membuatkan aku rasa bersemangat dan ingin berjuang demi menegakkan keadilan untuk bersama dengan si dia. Jikalau saya berjaya menempuh , insyaAllah akan berjaya. Teringat kata-2 hikmat daripada seorang rakan seperjuangan , Alif (karipap93) " Berjuang sehingga tertumpahnya darah terakhir , SaMoK "

Mengapa kita nak berputus asa ? Alasan hanya sah kita perlu berputus asa jika kita mati. Selagi kita masih hidup (dan sihat dan bebas) kita mempunyai pilihan untuk terus mencuba sehingga kita akhirnya berjaya

Yakin juga kat diri kita ! Kita tidak mahu dikenali sebagai seseorang yang lemah dan berputus asa. Pergi di luar sana dan membuktikan diri kita kepada dunia dan kepada kita sendiri. Kita BOLEH dan AKAN mencapai apa yang kita ingin lakukan. Satu-satunya masa kita gagal adalah apabila kita berputus asa.




What can I say? I miss you so much baby . Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa rindunye kanda di Johor Bahru ni.

Akhir kata ,
SaMoK

Assalammualaikum w.b.t 
 
 
Di karang oleh Freddy Haans

Wednesday 28 November 2012

The real big brothers

Assalammulaikum viewers ! 
Sehat tak harini ? Dah makan ? Minum ? Tolong mak?  Abah?
Hari ini , dengan tajuk yang telah tertulis di atas . 
Saya ingin mengulaskan sedikit sebanyak tentang peranan seorang kaum adam yang bergelar dirinya sebagai ABANG. 

Memang ramai yang anggap benda ni remeh temeh . Tapi benda yang remeh ni la Abang abang sekarang ni dia lalai dengan apa yang dia telah buat . Bukan saya kena dengan abang saya , dan saya tak mengaku bahawa abang saya perfect tapi just ingin berkongsi ilmu. Tidak salah ilmu dikongsi , kerana ilmu ini hak Allah s.w.t . Semoga kita boleh menjadi lebih baik dari semalam.

Isi ini diambil terus dari laman sesawang yang telah di karangkan oleh yang bernama Mohd Rusdi Ramlee dengan tajuk Kasih Sayang Seorang Abang Menjadi Pemimpin Kepada Adik . Bukan untuk di palagiat , hanya sekadar berkongsi. 

1. Tukar Sifat Cemburu Kepada Kasih Sayang 
2. Panggilan Membentuk Sifat
3. Pimpin Tangan Adik
4. Perkongsian
5. Bersikap Adil

Point Pertama
Kenapa seorang abang itu harus menukar sifat cemburu kepada kasih sayang ? Ianya akan menjadi haru biru (pergaduhan) jikalau abang memcemburui seorang adik . Contohnya

Situasi 1
Abah telah merancang untuk membelikan Ali(adikbongsu) kereta kerana dalam keluarga dia abang-2 nya sudah mempunyai kenderaan tinggal Ali seorang sahaja yang tiada kenderaan. Tetapi kelakuan abah itu dicemburui oleh 3 orang lagi adik beradik (abang) . Sifat cemburu itu akan menghasut diri untuk merancang sesuatu yang tidak baik untuk adik bongsu itu .

Mengapa ingin cemburu ? Tidakkah rasa kasihan , bersyukur lah dengan apa yang telah diberi oleh Allah , mungkin bukan rezeki untuk mendapatkan sesuatu . Tidak bolehkah membuatkan perasaan cemburu itu untuk menjadi pembangkit semangat untuk berusaha sendiri?

Point Kedua
Panggilan "Abang" "Adik" "Along" "Angah" adalah perbuatan yang akan membentuk sifat seorang adik . Mungkin kita rasa benda kecil . Panggilan " Aku " " Kau " memang femes sekarang ni . Ingin menyalahkan adik kerana tidak panggil "Abang"? Bukankah seorang abang itu akan diikuti oleh adik adik yang lain ? Budi bahasa kita mencerminkan keluarga kita

Point Ke-Empat
Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Tetapi mengapa jikalau dibelinya 1 sahaja , kadang kala kita tidak kasi dia meminjamnya . Sedangkan tidak rugi apa-2 pun jikalau diberi pinjam ?

Point Ke-Lima
Seharusnya anak sulung perlu mengalah. Perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik 

Baiklah sampai disini sahaja ya . 
InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat merubah diri kita dengan menjadi yang lebih baik dari semalam . Amin

Assalammulaikum w.b.t  

Di karang oleh Freddy Haans

Tuesday 27 November 2012

DotA Comrades



Assalammulaikum dan salam satu malaysia kepada semua pelihat blog ku . Harini ingin ku memperkenalkan , rakan-2 seperjuangan ku . 

 Ramli Yunus (Labatta)
 Alif (Karipap93)
Faaris (Capital_F)
 Hazziq / Misai (Iced_cb)
Pak min/min (apa eh?)
 Wan (hunter2bash)

Semoga ke akraban kita semua tidak akan pernah putus mahupun layu . Actually , ramai lagi member DA tapi tak dapat nak masukkan kat sini yang ada kat sini kire veteren-2 lah . Saya pun takde kat atas ni . huhuu . Btw , walaupun kiteorang ni gamers tapi pelajaran tetap no 1 . Semua member-2 saya berkerjaya . Ada yang dah bawak BMW . Wow , marilah ? kita main dota beramai-2 . 
Huahuahuahuaaa

Di karang oleh Freddy Haans

Monday 26 November 2012

Happy Birthday to you Nasiah binti Sabar

Assalammulaikum semua viewers ! Yahh . Saya update blog saya pada jam 2.51 pagi . Memang sakit otak ni nak memikirkan ayat-2 yang perlu dimuat naik ke dalam karangan saya pada malam ini.
Memang tidak perlu memikir panjang . Terlihat sahaja pada tajuk , ianya adalah birthday ibu saya yang tercinta :)


Selamat hari lahir ummi , adik sayang kan ummi ! Ummi adalah mak adik yang paling bersabar dengan karenah adik ! You're the best ! Semoga Allah panjangkan umur ummi , memberi rezeki yang halal dan menguatkan semangat ummi untuk menjaga kami 5 orang lelaki di rumah ni . Apa-2 pun kami semua Sayangkan ummi ! Muah kat pipi ummi :D








Di karang oleh Freddy Haans

An Exhortation From My Beloved Compeer

Assalammualaikum w.b.t dan selamat malam kepada viewers :)
Dah makan malam ? Solat Maghrib dah tunaikan ? yang belum tu gi pause dlu eh youtube tu . Buat yang wajib dlu.

Okay apabila kita melihat title post pada hari ini . Ianya bertajukkan nama buah hati saya yang saya cintai . Bukan dia yang post benda ni ok . Saya yang karangkan . Pada malam ini , tiada juga artikel yang akan menyenangkan hati anda semua kerana tujuan saya mengarang pada malam ini kerana saya ingin menyampaikan sedikit nasihat dan memberitahu bagaimana saya jatuh hati pada si dia .

Sebelum saya mulakan dengan cerita ini , benarkan saya membuka lagu Ragae dan memperkenalkan teman lelaki saya yang saya amat cintai juga sehingga sekarang kami berkawan . 

Ahmad Zakwan bin Johari , itulah gerangan teman lelaki saya yang telah diberi rapi oleh Encik Johari dan dipersetujui oleh bini nya . Mengapa ada kaitan dengan Zakwan ni ? Itu kan persoalan tuan-2 dan puan-2 pada malam ini ? Ingat lagi ex girlfie saya ? Selepas saya dan dia lost contact , Zakwan ni lah peneman saya . Dia lah yang memberi nasihat , membangkitkan semangat saya kembali . 

Zakwan pernah berkata kepada saya , dan saya juga mengingatinya sehingga sekarang . 
           " Jangan mencari teman hati jikalau kau terasa terdesak atau sunyi , nanti kau yang sedih "
Saya akui dlu saya mencari teman hati kerana saya terasa diri ini sunyi dan saya salah pilih . Terlalu mengikut kehendak hati tanpa berfikir , saya yang memakan diri.  Mengapa kata-2 zakwan itu anda dan saya rasa possible? 

Jikalau kita sedang solo , kita selalu berfikir dan envy dengan orang yang mempunyai kekasih . Impak sedih itu datang dengan sendiri dan kita akan ber-ia-2 untuk mencari teman hati kita . Selepas kita jumpa kita akan beri harapan yang amat tinggi kepada dia . Sedangkan kita tidak tahu bahawa cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan .

 Bro , your words always with me . Other than that , your secrets always safe with me .

Real friends is there whenever you're sad

Baiklah , pada hari ini juga . Saya seikhlas hati akan menceritakan tentang kekasih hati saya . Norhazwani binti mohd yaacob . Nama yang telah terukir pada hati ku yang tidak akan berubah walaupun nyawa ini sudah hampir di hujung-2 nafas.

Saya mengenali dia sudah 1 tahun , tetapi kami baru bersama dalam 1 bulan lebih . Apakah kelainan yang ada pada beliau? Beliau tidaklah secantik Neelofa. Beliau juga tidaklah se"sexy" Edward Cullen. Tetapi dia hanyalah insan yang sederhana dengan hati budi yang baik yang telah menarik hati saya untuk berkenalan dengannya. 

Ingin diceritakan lagi bahawa setiap perlakuan yang ingin dia lakukan akan ditanyakan kepada abie dia yang tercinta dahulu . Kadang kala apa yang dia buat tidak disukai oleh saya. Jikalau saya membantah , dia tidak akan lakukan . Sekarang baru saya dapat rasa cinta yang betul-2 datang dari hati yang murni bukannya kerana harta mahupun atas dasar apa apa lah. 

 
 Sekian, sampai disini sahaja ya viewers semua . Akan ku karangkan lagi jikalau mempunyai masa .


Di karang oleh Freddy Haans

Sunday 25 November 2012

Changed


Assalammulaikum dan salam sejahtera semua . 
Syahdu kan tengok orang tua kat atas ni menangis . Actually takde kena mengena pun ngan orang kat atas ni , saje je letak . 

Untuk tatapan viewers harini tiada yang istimewa. Hati ini terasa ingin mengarang karangan tanpa isi-2 yang menggembirakan .
Just ingin meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati . 
Tidak tahu dengan siapa boleh dikongsi , jadi blogspot lah teman untuk saya luahkan.

Sudah hampir seminggu kiteorang hidup berjauhan, hubungan kami juga tidak seperti dahulu. Saya rasa macam tak rapat je . Mungkin hanya perasaan saya , sampai saya terfikir untuk berfikir " Ada ada takde takde lah " . 

Bertelingkahan lidah , misunderstood . Memang kerap berlaku , mungkin saya ego . Tidak tahu la yeh, kadang-2 benda kecik pun saya pendam dalam hati . Sampai masa saya terus emo , macam perempuan . 

Sekarang ni kalau dia tak msg , saya just fikir dia ada hal yang penting dengan family dia . Tidak mengapa lah . Dlu dia sering call dan menyuruh saya call . Tapi sekarang jarang sekali . Saya nak call pun perlu dia menetapkan masa . Tapi tidak mengapa , saya tahu dia buat begitu mesti ada sebab.

Kerisauan saya sehinggakan semasa saya bermain dotA , saya menanyakan kawan seperjuangan saya yang diberi nama Dee / Lady.Pink . 

1- Dee kalau kau ada bf kau selalu tak nak msg ngan dia ? 
     Mestilah nak ! Kalau boleh nak selalu dengan dia tapi takdelah kerap nanti bosan.
2- Kalau cinta jarak jauh pulak macam mana ?
     Percaya je kat pasangan kita yang dia jujur dan ikhlas . InsyaAllah

Terima kasih Dee sebab bagi aku nasihat yang dapat membina aku . Oklah viewers , sampai disini sahaja ya . 

Semoga Allah Memberkati hari anda semua . 
Assalammualaikum.

Di karang oleh Freddy Haans

Thursday 22 November 2012

Happy is fading , Sadness is killing me

Assalammulaikum w.b.t kepada semua viewers.
2 Minggu saya meningalkan blog saya ni sepi . Kesian dia kan . . ishish
Alright like always , I have alot of stories to share with you guys :D 

First of all , Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menjawab final examination untuk semester ini.
Selain itu, saya juga hampa dengan jawapan yang saya telah buat . Tapi apakan daya sekarang ini hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t

Mari ? Kita teruskan .

Ending of Semester ( 21 November 2012 )

Alright , untuk 2 minggu tu memang stress giler . Ye lah kan , dah nak final . Tapi bukan sahaja stress . Malahan , sedih kerana kami akan hidup berjauhan selama 1 tahun 3 bulan . Kenapa 1 tahun 3 bulan ? Kerana semester depan dia akan ke Latihan Industri manakala semester yang depan depan nya saya pula . Jadi campur dengan cuti sem lagi , dapatlah 1 tahun 3 bulan . Macam mana lah kan kite berdua nak hadapi saat-2 yang genting ni ? Tapi saya yakin kami berdua mampu membuatnya !

1 Year and 3 Months (Message For Her)

It's already started. So what will happen to me ah baby? Still doesn't know yet. Baru berpisah beberapa jam. Tak tahu lah kan klau dah seminggu ke sebulan lebih macam tu ? Abie harap  abie dapat tabahkan diri ini dengan situasi ini. Sebab abie betul sayangkan baby. Baby ada separuh daripada jiwa abie. Manakala 1/3 untuk Allah s.w.t . 1/3 lagi untuk family abie . Selebihnya terletak pada tubuh badan abie . Supaya aku dapat menjalankan kehidupan abie seperti biasa. Jika baby pergi meninggalkan abie selama-2nya . Mungkin abie akan tinggal nyawa-2 ikan yang terkapai-2 dilautan merah yang penuh dengan pukulan ombak kerana jiwa abie tidak cukup untuk menempis pukulan-2 tersebut. 

Bila kita berdekatan (unite) , abie rasa sangat selesa kerana abie dapat rasa jiwa abie yang terletak pada jiwa baby. Terasa terseksa yang teramat pabila kita berjauhan , hanya Allah sahaja yang tahu. Inilah dugaan yang telah Allah berikan kepada abie . Abie yakin bahawa abie akan berjaya menempuh dugaan itu. Abie selalu berpesan akan diri abie supaya bersikap jujur dan toleransi terhadap baby. Abie harap baby juga begitu . Norhazwani Binti Mohd Yaacob, Abie sayangkan awak, abie tidak boleh hidup tanpa awak.

Selain itu , Abie juga tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga baby di Perak. Abie harap mereka akan terima abie. Jikalau mak and abah tidak menerima abie,  abie tidak akan mengaku kalah. Abie akan buktikan yang abie benar-2 ingin menjadikan anaknya sebagai isteri abie !

For mak and abah , tunggu kedatangan anakanda . Anakanda mu ini akan membuatkan mak abah terkejut kerana tidak pernah NorHazwani membawa teman istimewa nya yang jauh diperantauan ini kan ?  Anakanda juga akan senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa , agar membukakan pintu hati mak dan abah untuk menerima anakanda seikhlas hati.

Alright , sekarang ini kita proceed to the next stories. Selepas tamatnya final exam saya pada hari rabu 21 November 2012. Buah hati saya menghantar sepotong msg dengan niat mengajak saya kluar bersama-2 untuk menghabiskan sisa-2 hari ini . Kereta temannya yang bernama Erie telah kami gunakan. Ribuan terima kasih daripada kekasih hati Norhazwani Binti Mohd Yaacob kerana telah memberi kesempatan kepada kami berdua untuk meluangkan masa bersama-2 . Thanks bro. 

Kiteorang keluar pada jam 5.10 pm , dan kami kena pulang ke politeknik pada jam 6.00 pm kerena Erie nak pakai kereta. 50 minutes bro , nak pegi mane ? -.- Ni lah susah nya tak bawak kenderaan. Takpelah . Kiteorang pun pegi berjalan-2 sambil berborak-2 kosong untuk melepaskan rindu . Tapi kiteorang ade amek sikit-2 gambar . Nah tengok la . 












  
Amek gambar-2 , gedik-2 begambar, tengok jam dah pukul 6.05 pm . Amboi cepatnya masa berlalu , macam tak rasa je 50 minit tu . Kiteorang pun berlari pegi kereta . Belikan kak ya cool blog , pastu balik . Sampai poli dalam pkul 6.30pm  . Bro mintak maaf sebab tak tepati masa dan bro kena naik teksi . Maaf bro , tapi gua dah bagi rm10 kan? ckup la tu , Muahahaha ! 

Okay masa nak balik hostel , saya rasa macam tak puas je kluar tadi . So saya plan ngan syahibul syabha . Plan punya plan punya plan , kiteorang pun pergi makan malam bersama-2 . Tak tahu nak tulis ape , gambar je la eh -.-






 Sorry la eh , Mata ini tak boleh kena pancaran flash daripada camera , nnt tertutup -.-


Haa nampak sejambak bunga tu , itulah bunga yang saya guna masa nak propose dia :D

Arif Samsir
Arif Samsir ? Siapa tu? Dia adalah rakan seperjuangan kekasih saya . Dulu budak ni memang sombong masa saya semester 1 . Junior la katakan , derang pandang sebelah mata je .. Kalau nak cerita dari dulu sampai sekarang . Memang tak habis la kan malam ni . Kita proceed kepada yang latest ok . Baiklah , hubungan kiteorang menjadi semakin intim , eh ? semakin rapat , maaf :D selepas kitorang pindah ke hostel. Rasenya klau semua siswazah dok rumah sewa macam sem lepas , tak rasa boleh kenal antara satu sama lain . 

Baiklah kenapa nak kena ada dia dalam blog saya? Hmm dia ni orang caring , ego pun ada . Benda yang tak betul mesti dia bangkang habis-2 . Dia takkan ikut pendapat orang kalau tak sama dengan diri dia. Kadang-2 rasa nak pulas je buah dada dia ni . Geram giler , gua kasi dia nasihat . Dia lagi api gua . Ish ish . 

Walaupun Arif Samsir ini bercharacter nakal , tetapi sebenarnya dia ni baik and good listener. Awal-2 kenal memang menyampah . Tapi kalau dah rapat , InsyaAllah baru dapat tahu tentang kebaikan dia , jadi dont judge a book by its cover ok :) 

Pada malam hari rabu itu , saya telah meluangkan masa dengan dia bersama . Sambil menghisap rokok yang banyak dengan meminum air sparkle yang telah saya beli di 7-E . Katanya MABUK ! tapi tak mabuk . Bongok. HAHA Kiteorang berborak-2 kosong . Dia belajar bermain DotA , pada awalnya dia memang reject habis game ni . Tapi sekarang macam ada reply yang postif . Saya mmg suka orang macam dia ni , pendirian tak teguh . HAHAHA ! 

   Arif Samsir
 
Ok ok habis dah cerita hari rabu . Meh pegi hari khamis .

22 November 2012

Pada awal pagi hari khamis sekitar jam 7.00 pagi , saya telah dikejutkan oleh Arif Samsir . Rasanya Roh gua time tu gopoh gapah nak masuk dalam jasad gua . Terkejut , kepala pun "Bang-ing" lagi . Terus capai nset and tengok masih takde msg dari si dia . Buat pengetahuan semua , harini adalah hari terakhir dia di Mersing . Tapi 2 semester lagi dia akan kembali . Jadi saya pun text dia " Dah bangun lom ? Gerak kul bape ? "

Saya pun tidur kembali kerana tiada jawapan daripada si dia , jam pukul 7.30 pagi , saya telah dikejutkan dengan deringan text . Mengatakan bahawa dia akan gerak dari mersing pada jam 8 pagi . Saya pun terus berlari-2 itik ke Fitting room untuk mandi dan menyiapkan diri. Tepat jam 8.00 pagi saya siap berdandan dan bersedia untuk ditingalkan oleh kekasih hati yang disayangi . Ermm.. Tunggu punya tunggu , pukul 8.30 baru dia gerak . Hati ini amat sebak kerana akan berpisah :(

Dia sudah pun berada di hadapan hostel lelaki , dan menuju kearah ku sambil membawa sebungkus bungkusan . Ianya barang ingatan dan ole-ole dari mekah . Terkejut , bila masa dia beli  . Okay jab gi cerita eh . Kita habiskan yang babak sedih dulu. Okay saya mengingati dia supaya ingat pesanan saya . Kami menukar telefon , kerana saya ingin gambar dia kami pun telah menukar telefon . Bila dapat telefon bimbit , saya terasakan bahawa ada something di memo . Jadi saya terus check memo saya , tengok ada memo baru yang bertajuk " Love Note " . Dengan memberikan senyuman sinis lalu saya menyimpan telefon ke dalam pocket. Saya bersalaman dengan kawan kelas beliau . Selepas itu dia pun pergi meninggalkan aku . Macam nak nangis oi . Tapi aku tahan , kerana Arif Samsir bersama dengan aku pada masa itu . 


Gambar kami bersama yang telah di cuci oleh si dia untuk saya
 
Inilah benda yang berada dalam bungkusan itu  , :'] Terasa terharu .. Tak sangka saya nangis bila baca note yang dia tulis dalam kertas tu :'|

Surprise 
Pada 3 minggu yang lepas , dia batuk . Batuk biasa , tapi saya menyuruh dia untuk memakan ubat . Tapi dia katakan bahawa tiada ubat batuk dirumah dan dia akan ke kedai untuk membeli ubat batuk . Tetapi keesokkan harinya dia tidak beli pun ubat batuk . Saya pun hangin satu badan sebab dia tipu saya demi kebaikan diri dia  . Tapi saya silap , rupe-2nye , dia ke kedai untuk membuat surprise .

For her : Abie mintak maaf sebab abie tak tahu cerita yang sebenarnya . Really-2 sorry :'[ 


Di karang oleh Freddy Haans