Wednesday 28 November 2012

The real big brothers

Assalammulaikum viewers ! 
Sehat tak harini ? Dah makan ? Minum ? Tolong mak?  Abah?
Hari ini , dengan tajuk yang telah tertulis di atas . 
Saya ingin mengulaskan sedikit sebanyak tentang peranan seorang kaum adam yang bergelar dirinya sebagai ABANG. 

Memang ramai yang anggap benda ni remeh temeh . Tapi benda yang remeh ni la Abang abang sekarang ni dia lalai dengan apa yang dia telah buat . Bukan saya kena dengan abang saya , dan saya tak mengaku bahawa abang saya perfect tapi just ingin berkongsi ilmu. Tidak salah ilmu dikongsi , kerana ilmu ini hak Allah s.w.t . Semoga kita boleh menjadi lebih baik dari semalam.

Isi ini diambil terus dari laman sesawang yang telah di karangkan oleh yang bernama Mohd Rusdi Ramlee dengan tajuk Kasih Sayang Seorang Abang Menjadi Pemimpin Kepada Adik . Bukan untuk di palagiat , hanya sekadar berkongsi. 

1. Tukar Sifat Cemburu Kepada Kasih Sayang 
2. Panggilan Membentuk Sifat
3. Pimpin Tangan Adik
4. Perkongsian
5. Bersikap Adil

Point Pertama
Kenapa seorang abang itu harus menukar sifat cemburu kepada kasih sayang ? Ianya akan menjadi haru biru (pergaduhan) jikalau abang memcemburui seorang adik . Contohnya

Situasi 1
Abah telah merancang untuk membelikan Ali(adikbongsu) kereta kerana dalam keluarga dia abang-2 nya sudah mempunyai kenderaan tinggal Ali seorang sahaja yang tiada kenderaan. Tetapi kelakuan abah itu dicemburui oleh 3 orang lagi adik beradik (abang) . Sifat cemburu itu akan menghasut diri untuk merancang sesuatu yang tidak baik untuk adik bongsu itu .

Mengapa ingin cemburu ? Tidakkah rasa kasihan , bersyukur lah dengan apa yang telah diberi oleh Allah , mungkin bukan rezeki untuk mendapatkan sesuatu . Tidak bolehkah membuatkan perasaan cemburu itu untuk menjadi pembangkit semangat untuk berusaha sendiri?

Point Kedua
Panggilan "Abang" "Adik" "Along" "Angah" adalah perbuatan yang akan membentuk sifat seorang adik . Mungkin kita rasa benda kecil . Panggilan " Aku " " Kau " memang femes sekarang ni . Ingin menyalahkan adik kerana tidak panggil "Abang"? Bukankah seorang abang itu akan diikuti oleh adik adik yang lain ? Budi bahasa kita mencerminkan keluarga kita

Point Ke-Empat
Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Tetapi mengapa jikalau dibelinya 1 sahaja , kadang kala kita tidak kasi dia meminjamnya . Sedangkan tidak rugi apa-2 pun jikalau diberi pinjam ?

Point Ke-Lima
Seharusnya anak sulung perlu mengalah. Perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik 

Baiklah sampai disini sahaja ya . 
InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat merubah diri kita dengan menjadi yang lebih baik dari semalam . Amin

Assalammulaikum w.b.t  

Di karang oleh Freddy Haans