Friday 30 November 2012

Yearn Paramour

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua . 
Kehadiran saya disini , ingin merungkaikan sesuatu perasaan yang amat rindu akan kekasih hati . 
Sebelum menulis tentang perasaan , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana rakan-2 dota addict memberi sokongan terhadap saya untuk menulis blog ini dengan lebih rakusnya . Selain itu , mari kita doakan agar saudara kita di Palestine dalam keadaan yang baik . Semoga Allah s.w.t membantu mereka di sana. Semoga yang telah pergi (jihad) berada di Syurga InsyaAllah. 

Baiklah , kehidupan saya kini tidaklah semakin gembira. Semakin hari semakin rindu . Rindu itu juga telah membuatkan saya kadangkala beremosi . Lidah ini terkelu dan terpaku di sudut tingkap dengan mengenangkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t 

Dugaan yang diberi-Nya amat membuatkan aku rasa bersemangat dan ingin berjuang demi menegakkan keadilan untuk bersama dengan si dia. Jikalau saya berjaya menempuh , insyaAllah akan berjaya. Teringat kata-2 hikmat daripada seorang rakan seperjuangan , Alif (karipap93) " Berjuang sehingga tertumpahnya darah terakhir , SaMoK "

Mengapa kita nak berputus asa ? Alasan hanya sah kita perlu berputus asa jika kita mati. Selagi kita masih hidup (dan sihat dan bebas) kita mempunyai pilihan untuk terus mencuba sehingga kita akhirnya berjaya

Yakin juga kat diri kita ! Kita tidak mahu dikenali sebagai seseorang yang lemah dan berputus asa. Pergi di luar sana dan membuktikan diri kita kepada dunia dan kepada kita sendiri. Kita BOLEH dan AKAN mencapai apa yang kita ingin lakukan. Satu-satunya masa kita gagal adalah apabila kita berputus asa.




What can I say? I miss you so much baby . Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa rindunye kanda di Johor Bahru ni.

Akhir kata ,
SaMoK

Assalammualaikum w.b.t 
 
 
Di karang oleh Freddy Haans