Sunday 10 February 2013

A very great and long journey

Assalammualaikum w.b.t kepada semua viewers yang dikasihi.
Di sini saya ingin mengarang sedikit cerita tentang perjalanan ku pada 8hb februari 2013.
Secara ringkasnya saya telah bercadang untuk ke Sitiawan Perak untuk berjumpa dan menyuaikan dan mensuaikan diri dengan family jauh yang tercinta.

Pada 4 Februari 2013 , Kak anis telah membantu saya untuk mendapatkan ticket pulang ke perak dari mersing. Dengan kepayahan saya kerana tidak ada kenderaan untuk ke bandar mersing pada waktu ini telah membuatkan saya meminta bantuan daripada kak anis.

Ticket telahpun di hanta ke Politeknik Mersing Johor, hati ini sungguh gembira yang teramat . Tidak dapat ku bayangkan , kerana kami berdua sudah hampir 4 bulan tidak bertemu . Jiwa raga kami amat terseksa sekali.
Hari demi hari , 8hb februari telah pun tiba. Pada jam 12.00 tengahari kelas "Communicative English" telah menghabiskan minggu pelajaran untuk minggu itu. Daku terus berlari untuk ke kamsis kerana bas akan bertolak pada jam 12.30 tengahari. Saya telah meminta sekali lagi untuk kak anis membantu saya menghantar ke terminal bas di mersing.

Semasa perjalanan , kak anis ada berpesan supaya hati-2 ketika di tempat orang . Saya amat gembira kerana saya tidak mempunyai kakak kandung . Mendapat perhatian daripada seorang kakak amatlah membuatkan hati ini gembira. Sesudah sampai ke terminal  , saya terus melihat-2 kekiri dan kekanan . Tetapi bas tidak ada di persekitaran.

Saya bingung , jam tepat pada 12.30 tengahari . Terdetik di hati dan saya bermonolog ,
                              " Di manakah bas itu ? "
Saya pun terus ke kaunter untuk membuat sendikit pertanyaan.

                              " Assalammualaikum , Kak tumpang tanya. Bas ni dah bergerak ke?"
                              " Adik beli kat kaunter ni ke ? "
                              " Ya saya beli di kaunter ni , pada hari isnin "
                              " Bas rosak lah dik , pagi tadi dia inform kat akak . "
                              " Habis tu ? Macam mana kak?  ada pegantian bas tak ? "
                              " Okay , akak bagi adik tiket bas ke KL lepas tu adik cari sendiri tiket untuk ke lumut? "

Mendengar sahaja Kakak kaunter itu , saya terus menjadi gelisah serta risau . Bagaimanakah nasibku selepas ini ? Adakah aku akan membatalkan niat aku ?
Tanpa melengahkan masa , saya terus menelefon yang tersayang

                              " Assalammulaikum , baby bas rosak sayang . Dia bagi abie tiket pegi KL "
                              " Waalaikummussalam , laa kenapa macam tu ? Abie kena naik LRT ke pudu lepas tu            .                               cari tiket bas untuk ke lumut "
                                (Ringkasan)

Saya secara jujurnya , tidak pernah menaiki LRT mahupun menjejakkan kaki saya ke KL berseorangan . Hati ini bertambah gelisah . Dengan tiada pengalaman ke KL juga bertambah pula menaiki LRT , saya terdiam seketika . Mengapakah Allah memberi saya sebegini dugaan?
Walaupun dugaan itu amatlah besar bagi saya, akan tetapi hati ini tergerak untuk ke Perak. 

Syukur Alhamdulillah Syafiqah amira rakan sekelas saya menaiki bas yang sama . Dia tinggal di Cheras , Kuala Lumpur . Dengan kesempatan ini , saya meminta bantuan dia untuk mengajar saya menaiki LRT .
Hampir 7 jam perjalanan dari Mersing ke Kuala Lumpur , hal ini kerana , kesibukan lalu lintas di lebuh raya akibat tahun baru cina.

Setelah sampai ke destinasi ( Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ) , saya telah di ajak oleh syafiqah untuk mengeyangkan diri dahulu sebelum ke Puduraya untuk membeli tiket ke Lumut. Setelah perut jumpa rakannya , jam menunjukkan tepat pada 8 30 malam. Kami berdua bergegas ke LRT untuk ke Puduraya . Ini adalah kali pertama saya di TBS. Jakun itu hadir dengan sendirinya , kesesakan orang di TBS amatlah memberangsangkan . Nahtijahnya , amat sukar untuk membeli tiket LRT. Alhamdulillah , syafiqah telah terfikir untuk menggunakan IC sebagai Touch 'n' Go . Dengan ringkasnya kami mendapat LRT .

Saya amatlah teruja dengan keadaan LRT itu , laju murah selesa . Harga hanyalah RM1.70 tetapi jaraknya sungguh jauh . Sepatutnya Johor bahru juga haruslah mempunyai LRT sedemikian bagi mengurangkan kesesakan lalu lintah yang kerap dialami di Johor Bahru.

Setelah sampai di Puduraya , kami ke kaunter unutk mencari tiket ke Lumut . Kebanyakkan tiket ke Lumut telah habis pada malam itu .. Saya agak risau juga sedih kerana saya terbermalam di Kuala Lumpur. Berganda-ganda dugaan telah diberi . Saya tetap tidak mengaku kalah untuk ke Perak. Alhamdulillah sekali lagi Allah telah membantu saya , saya telah mendapat tiket ke Lumut pada esok hari jam 7.30 pagi . Syafiqah  menelefon bapanya kerana saya ingin bermalam dirumahnya. 

Keesokkan paginya,  syafiqah telah membantu saya untuk menghantar saya TBS. Saya amat bangga diri saya , kerana saya telah pandai menaiki LRT bersendirian. Itulah pengalaman yang amat saya kagumi ! Saya sampai ke Puduraya pada jam 7.00 pagi . Persiapan telah dibeli oleh saya seperti Air kosong dan sandwish sebagai alas perut saya . 

Jam tepat pada pukul 7.30 pagi tetapi bas tidak muncul lagi , sedikit kerisauan telah hadir di hati. Hati ini tergerak untuk meneleofon kaunter EtikaExpress.

                          " Assalammulaikum , tumpang tanya . Tiket bas untuk ke lumut pada jam 7.30 pagi sudah   .                           bergerak ke? 
                          " Ha? Mana ada tiket bas ke lumut jam 7.30 pagi pukul 10 pagi ada lah " (Nada tinggi)
                          " Cuba kau check tiket kau tu "

Pabila saya melihat kembali tiket yang telah dibeli , terpapar 7.30 malam bukannya 7.30 pagi . Saya menepuk dahi , dengan cepat saya menelefon kekasih saya dan memberitahu hal yang sebenar. Kekasih saya memberitahu supaya saya ke kaunter dan meminta untuk menukar tiket. Dengan segara saya berlari ke tingkat 2 untuk menukar tiket.

Setelah sampai ke kaunter , saya memberitahu kakak itu perkara yang sebenar . Kakak itu simpati atas kes ini dan memberi tiket bas pada jam 10 pagi . Hati ini lega walaupun sedikit sedih , saya merancang untuk terus menunggu di lobi Puduraya . Terima kasih kepada Norhazwani binti mohd Yaacob , kerana setia menunggu dan menemani saya . Tidak lupa juga kepada syafiqah amira kerana telah membantu saya.

9hb februari 2013 , tepat jam 3.40 petang . Saya sampai ke Lumut , Perak. Dengan hati yang lega , saya terus melihat-2 sekiling sambil menghantar pesanan ringkas kepada kekasih hati yang saya sudah sampai ke destinasi . Saya terlihat permandangan yang amat cantik di hadapan saya . Saya terus ke sana sambil menunggu kekasih hati sampai. Mengambil sedikit gambar dan diberikan kepada kekasih hati sebagai klue untuk mencari saya .

Semasa berada di dalam bas, seorang apek cina dari Air hitam johor telah meluahkan perasaan sedih kepada saya mengatakan dia amat sedih kerana tiada tiket bas ke lumut.
(Ringkasan)
Air hitam - Johor Bahru (Tiket ke lumut habis)
Johor bahru - Kuala Lumpur (Menyangka JB mempunyai tiket tetapi kesedihan mengundang)
Kuala Lumpur - Pudu Raya  (Sampai jam 12 malam , tetapi tiket pada jam 10 pagi , bermalam di pudu raya)
Pudu Raya - Lumut

Hampir 20 minit menunggu , saya telah dikejutkan dengan panggilan " Abie " di belakang . Saya menoleh ke kanan dan terlihat seorang gadis berbaju cream . Itulah kekasih saya , hati ini tidak dapat menahan sebak dan kesedihan . Air mata kegembiran turun menjejaki tanah . Namun saya dapat menahan kerana tidak ingin kekasih hati turut bersedih . Saya terus mengajak kekasih hati ke Jusco untuk menjamu selera. Setelah siap makan bersama , kami berdua mencari hotel untuk saya bermalam . Saya bermalam di Mirama Hotel di sekitar Sitiawan.

Pada 10 februari 2013 kami berdua ke Bukit Merah Laketown Resort , ingin memohon maaf kerana saya terlalu penat jadi sedikit potret sahaja yang dapat dipaparkan.























Gambar dia quite terabur lah , korang pandai-2 la yeh.. Saya dah mengantuk sangat nih.
Lastly .

I will always be with you, dear  <love3.
NorHazwani Binti Mohd Yaacob


Di karang oleh Freddy Haans