Thursday 22 December 2011

Orientation at Politeknik Mersing






Assalammulaikum semua ! Hehehe


Harini saya balik naik bas , dari rumah sewa ke station bas mersing , member baru saya nama dia nas hanta saya nek moto ;D Ohkey tak dinafikan membe-2 rumah sewa semuanya baik-2 belaka . Suke suke suke !

Okey gaais , saya nak cerita dari awaaaaaaaal sampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai akhir . boleh ? ;D Okey

...........................................

19 Disember 2011


06:55 pagi umi mengetuk dedaun pintu untuk mengejutku bangun mandi . Saya cakap kat umi yang saya masih mengantok saya nak tidur lagi 10 minit , umi pun benarkan . 07:20 Saya masih di atas katil , dengan bangganya abah masuk bilik dan menjerit sekuat hati dia . ' FAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAIZ ! ' Saya terkejut lalu jatuh dari katil bujang saya . e.e Teruk betul , kalau kejut elok-2 kan boleh .

Baiklah sesudah jatuh dari tilam saya pun mencapai tuala di belakang pintu untuk mandi pagi .
Di dalam bilik air saya , eh ? Nak cerita jugak ke ?;o tayah tayah , membazir masa je kan :D malu saya . Okey hampir 30 minit saya menghabiskan masa di dalam bilik air , saya kena bebel dari abah sebab lambatsangat mandi . Saya tidak hiraukan , kerana saya sedih kena orientasi lagi :(( da la 2 minggu . Okey pukul 08:20 pagi saya , umi , abg umma dan abah pun gerak .

Di dalam kereta saya mengabiskan masa saya dengan tidur , saya ada msg kekasih saya . Tapi kelihatannya dia busy , saya difahamkan dia kena register subject isnin tu . Tiada apa yang menarik semasa perjalanan saya , melihat suasananya pun hanya terdapat pokok-2 dan bangunan-2 kecil .

...........................

Hampir 3 jam jugak perjalanan kami ke sana , politeknik saya tidaklah secantik politeknik kekasih saya , Politeknik kelas konvensional la katakan , dia premier . :o Okey okey ! Politeknik saya terbaik ! Bila da sampai di hadapan kolej tu , saya terperanjat dengan milihat bilangan siswa/siswi , total 73 orang je . Masa saya di kolej swasta dahulu , hampir 700 orang siswazah. Whau :o Saya begitu gembira kerana saya tidak perlu berebut-2 nak register kan ? Okey waktu tu jugak hujan . Saya terpaksa meredah hujan untuk sampai ke tempat register . Sesudah register saya dikhabar kan yang hostel sudah pun penuh , saya pun terpinga-2 , dimana yang saya perlu duduk ? Di kaki lima kolej ? Di tengah-2 jalan raya yang keras serta hitam legam ?
Saya pun memberanikan diri untuk bertanya dengan Fasilitator batch kami , Dia kata saya lambat register , so saya kena duduk ngan senior-2 dan berkemungkinan rumahnya jauh dari kolej . Hati saya mulalah berdegup kencang :( Tapi nak buat acane acane kan , dah terjadi .
Okey hanya 4 orang je yang tidak mempunya hostel , saya bertanya ngan siswa yang botak ni , dia dok mana. Dia cakap muar , lepastu bukan nak tanya saya balik , saya cakap dalam hati ' eh sombong giler botak nih ' . Tapi saya tak kesahlah , mungkin dia ni pemalu . Eish. Okey tibe-2 senior datang soh bkumpul dan dia soh parents follow dia dari blakang .

......................

Hampir 10 minit mengekori senior tu , tak sampai-2 pun . Ini naik kereta, kalau jalan kaki ? 30 minit? 35 minit? Posibble ! . Okey , kami pun sampai rumahnya tepat 12 minit . Nama dia Rumah Kilat Mersing Kecil . Rumah saya macam BANGLO ! tapi banglo kayu ;( 1 bulan rm 100 , termasuk bil api air . Rumah ada sofa , 4 bilik , 2 tingkat , 2 TV dan astro beyond . Okey , rasa macam memadai lah , dapat tengok tv 1st semester kan ? Tengok-2 bilik , aduh. takde almari . macam manaa lah nak simpan sluar pender ni ? :( Tidak mengapa saya tawakal kepada Allah.
Saya meminta tuan rumah untuk memberi saya almari , dan dia bagi dia saya Almari kain yang boleh didapat di Giant . Bersyukur je la apa yang orang bagi kan ? :| 1 Bilik 2 orang , saya berkongsi bilik dengan Asyraf dia dari Kajang Selangor . Botak yang sombong tu dengan Nas .
Kami pun teruslah berkemas-2 kerana saya dikehendaki untuk ke kolej jam 03:30 petang untuk berangkat ke Pantai Penyabong untuk sesi orientasi .

.......................................


Saya mengambil masa 1 jam untuk mengemas , mengaripap dan menyapu bilik . Saya juga telah siap mem-packing barang saya untuk ke pantai penyabong . Beg memang berat , sebab saya main sumbat jee , sebab orientasinye 3 hari 2 malam kan .. Huhu.. Saya tanya si nas tu , beg saya besar tak , dia cakap ok . So saya bawak je la .

.....................................

Tiba sahaja di kolej , Saya tengok saya 4 orang jee yang pakai uniform formal. Yang lain semua pakai T-shirt yang telah diberi oleh Pihak kolej . >w< dia tak bagitau pun soh pakai baju Tee.
Okey memang agak malu , Cik lecture yang cantik pun menyuruh kami menukar baju di tandas ofis kolej . Kami berjemaah menukar baju yang telah diberi ;D . Selepas siap kami diminta untuk menunggu di dewan untuk menunggu bas sampai . Saya dapat 2nd trip , dia cakap batch ni terlebih siswazah . >-< (sayataknakceritamasakatdewansebabsangatmemboringkan)

......................................

Ohkeyy ! sesudah sampai , memang masyukk lah dengar bunyik ombak ! Tenang je otak ni , sampai-2 je saya diberi 1 fail kuning dan bilik dorm . Jumlah lelaki hanyalah 23 orang . Sangat sedikit kan ? Ohkay saya check fail tu dan terjumpa flayers berwarna hijau , baca punya baca punya baca , kami hanya berorientasi selama 3 hari ! MUHAHAHAHAHAHAHHAAhahAHAHAHAHA ! Saya kena tipu ngan abah rupenya ! -.-

....................................

Siap-2 semua benda saya pun kena dengar ceramah . (okeysayataknakceritatentangnisebabmembosankanhari-2dengarceramah)

..................................

20 Disember 2011

Hari 2nd last orientasi . Saya dan kumpulan saya ditugaskan untuk berlakon dan membuat lagu tentang lakonan tu . Kami membuat cerita tentang Anak menderhakai ibunya. Saya watak utama sebagai anak . Saya ni memang pandai berlakon cuma saya takutkan kawan tu je . Gelak-2 lah apa la . Okey masa training saya dah bagitau diaorang supaya focus dan jangan ketawa semasa melakonkan watak . 3 kali sahaja kami training , kerana mereka hanya memberi kami masa selama 3 jam . :| saya tak puas hati , sebab saya nak buat lebih . -__-'

Okey pada petangnya mereka menyuruh semua kumpulan untuk mencipta tag-line , dan mempersembahkan tag-line mereka . Hampa sangat bila member-2 prempuan terbuat salah . Saya kena booo dengan kumpulan lain . Ciss. Takpe la , saya tak kesah . Saya dah pesan kat membe-2 yang lain FOCUS untuk malam ni . Kami pun mempersembahkan tag-line kami dan lakonan kami . ALHAMDULILLAH. berkat doa saya , semua berjalan dengan lancar. Pemenang akan diberitahu esok . So saya taknak cerita lagi sebab lepas latihan dalam kumpulan ada ceramah. -.- saya tertido masa ceramah kay NEXT.

21 Disember 2011 ( Perasmian Penutup )

Okey hari penutup orientasi , macam biasa la kan , ucapan MC , doa dari siswa , ucapan dari penghulu , ucapan dari pengarah . YANG TERAKHIR SEKALI ! PEMBERIAN HADIAH UNTUK PEMENANG-2. Okey saya lupa kumpulan mana yang menang no 3 ,2 Kami dapat nombo 1 dalam Kumpulan yang terbaik dalam latihan dalam kumpulan . Dan kami jugak dapat Kumpulan yang terbaik dalam semua acara. Kami dapat 2 buah HAMPER ! Tengok ?! saya hebat kan berlakon ? :P

07:00 petang Kami sampai ke politeknik , handset kawan mati , nombo senior dia tak ingat . So kami terpaksa balik jalan kaki ke rumah sewa kerana tiada siapa yang boleh ambil kami ;((
Mula-2 kami ke stesen bas untuk membeli ticket bas . Rancangan kami nak mengupah teksi , dah komperm harga kami menyuruh pakcik teksi tu tunggu sebentar sebab kiteorang nak tunggu kedai juak ticket bas tu bukak . 08:20 , kami selesai membeli ticket, tapi pakcik tadi menghilangkan diri . Teksi dia pun takde . Selamat barang kami tak simpan kat dalam kereta dia , 1 teksi pun takda . So kami terpaksa berjalan kaki :( . Masa awal-2 okey la , semangat. bila dah 10 minit berjalan kaki , bahu pun lenguh , da la kena bawak beg yang berat-2 . Saya bersabar sahaja , 20 minit kami berjalan kaki , destinasi yang kami impikan masih belum kelihatan , Hujan menitis 1 per satu di bucu hidung saya . Hujan pun terun dengan lebatnya masa tu , saya hanya mampu berdoa dan memberitahu kekasih saya sahaja :']

Hampir 40 minit kami berjalan kaki , basah kuyup , dan sengal-2 bahu kami . Tiada orang pun yang nak tumpangkan kami . Tapi ada 1 orang india dia tanya kami nak kemana , tapi time tu da nak sampai rumah sewa kiteorang , Jalan nak ke rumah sewa nampak gelap , lampu jalan raya pun tak hidup . Pelik saya tengok , Banglo kayu kami pun kelihatan gelap , tapi masa nak menghampiri rumah tu , tibe-2 saya ternampak ada lambaian lampu dari cellphone senior .
Senior pun menjerit ' Woi , korang balik jalan kaki ke ?! asal tak call ? ! '

Kiteorang hanya mampu menundukkan kepala je , Nak marah sape-2 pun tak boleh . Sebab semua battery handset mati . huhuuh , kami pun disuruh meletak beg ke dalam bilik tu dalam keadaan gelap . Masa masuk saya rasa takut giler. Macam kat rumah hantu :D haha !
Saya terkejut bila tengok Oat Cruch saya terkoyak sedikit dibahagian bawah dia . Saya tengok-2 ada plastik yang tertinggal dalam tu , biskut dalam plastik tu da habis dan ada bekas gigitan . KOMPOM TIKUS YANG MAMAM ! Bila tanya senior , memang betul ada tikus . Diaorang baru berjaya menangkap 1 tikus cencorot , tu pun anak dia . Sekarang ni kami ada OPS tikus , saya akn membeli sangkar tikus sebanyak 3 biji untuk memudahkan kami menangkap tikus-2 yang jahat tu . Takut jugak . Alangkah terkejutnya kan , saya letak oat cruch tu atas almari . DIA TERBANG KE ? O____________O'

Okey , saya nak meminta maaf kat kawan-2 kerana tidak mempunyai gambar untuk cerita harini . Kerana saya tidak mempunya masa untuk mengambil gambar . Tambahan pula , handset saya kerap menghabis battery . Muehehehe..

Saya mengundur diri dulu ya kawan-2 ;D Assalammualaikum