Saturday 17 December 2011

Tiring , Happy and Sad day



Assalammualaikum semua ! Harini saya ingin menceritakan tentang kenangan manis bersama abang saya yang pertama .. Tiada kenangan manis mahupun pahit yang berlaku tadi . Tapi saya tetap nak bagitau jugak ;( pedulik apa saya.

Baiklah , Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahhari , umi sudah pun siap masak , Umi masak Dada ayam goreng + Sayur Terjun + SAMBAL PETAI ! (my feveret) . Tapi umi ta kasi saya mam sebab umi soh saya cari barang untuk ke Poli isnin ni :( Saya hampa dan terus bersiap-2 , Abang saya bercadang untuk ke Jusco Tebrau saya hanya mengikut apa yang abang saya cakap . Kami tidak berbual-2 semasa dalam perjalanan ke sana. Saya hanya mampu berdiam diri sahaja , kelihatan jalan sangat sibuk di Highway Pasir gudang. Kesian kat abang ;( tapi saya tak boleh buat apa-2 .

30 Minit kami mengharungi ombak rindu , eh silap pulak , kami mengharungi jalan yang serba sibuk kami pun sampai ke destinasi dengan hati yang lega . Sampai sahaja di sana , kami ke tempat jual beg duit (juscomall) carik punya carik punya carik , abang belikan saya Wallet Renoma Paris berharga 2xx.xx . Happy nyer :'( tapi kan abang saya beli wallet braun buffel harga dia 4xx.xx jelesnye e.e ! Saya juga meminta abang membelikan Jam tangan Polo Club Britannia , murah jee 1xx.xx ;p Okey selepas kami shopping , saya bagitau kat abang yang saya teringin nak mam Baskin Robbin 31 , abang tak kata apa-2 . Dia bawak saya ke Pizza hut .

1 Jam kami makan tengahari , saya keluar dari restaurant tu dan tanya lagi kat abang yang saya nak Ais cream Br , abang tanpa bercakap terus menuju ke sana . Happy nye saye :p .
Selepas sampai , abang keluar kan not berjumlah 50 Malaysian Ringgit . Saya pun pegi beli Waffle Berry ! :D heyeheyhey .




Nahh ! nampak tu , Baskin Robbin ngan jam tangan baru ? :D hehehe ! Lepas tu kami pun masuk ke dalam kereta . Abang cakap nak balik , dia ada hal petang ti .

..............................................


Tiba-2 Handphone abang berbunyi-2 , 5 minit abang berborak-2 . Abang bagitahu yang kawan dia ajak dia pegi Johor Premium Outlet , dan abang juga ajak saya pergi menemani dia .
Saya pun ikutkan sahaja kata abang saya tanpa membantah . Tapi saya sedih , kerana saya mahu berjumpa dengan kekasih saya petang nya :'[ . Selepas sampai ke rumah kawan abang , saya memberitahu abang untuk menyinggah ke rumah untuk mengambil camera supaya saya boleh menembak beberapa gambar untuk di muat naik ke dalam blog :D abang pun setuju .

............................................

Sampai sahaja di rumah , saya terkejut apabila melihat anak buah saya dirumah . Happy sangat-2 , sudah lama saya tidak cium pipi dia yang gebu tu ;o huhu , selepas saya masuk ke dalam rumah saya terus pergi mencari anak buah saya di bilik tetamu . Saya cium anak buah saya beberapa kali , walaupun bau muntah saya tak endahkan :o kerana rindu :(



Comelkan anak buah saya ? macam uncle dia kan ? :p hehe ! Happy sangat dapat jumpa ngan dia . Selepas 3 minit saya di rumah , abang memekik dari luar memanggil saya untuk berangkat ke JPO . Sebelum pergi , abang Aimi ( second brother ) menghulur kan not berjumlah 100 Malaysian ringgit untuk saya membeli barang-2 keperluan untuk ke poli nanti . Saya mengucapkan ribuan terima kasih untuk abang saya kerana perihatin terhadap saya :'] i love you abang aimi .

...........................................

15Minit kami didalam kereta , sampai jugak akhirnya . Ini kali yang ke-dua saya pergi ke JPO , Tiada perubahan langsung , cuma pelanggan dia je berubah . HAHA taklawak pun :( . Kay ,
sampai-2 jee saya terus bukak Penutup lens saya dan tembak tembak .







'

Okay ! Seriously , dah tak larat nak upload gambar banyak-2 . Cukup la ni eh kawan-2 .. Dah nak tercabut tangan ni pindah-2 kan dari atas tu sampai bawah ni :'[ Okey hampir 2 Jam lebih kami masuk kedai tu masuk kedai ni test-2 baju , sampai lenguh kepala lutut ni . -.-
Saya memang tak beli apa-2 pun , abang ada beli baju , kawan dia pun sama .
Okey saya memang terperanjat masa masuk Boutique Armani , Baju T-shirt berkolar V (mcmgay) Kosong tiada sebarang grafik dan nampak simple giler babas berharga RM 2,890 . Kain diperbuat dari uban rambut ni . HAHA ! Tak kelakar pun kan :( Tekak memang haus giler , saya pun usha-2 abang saya soh dia belanja Starbuck , tapi abang cakap ' Meh turun bawah kita tengok ada jual air ape ' . Saya pun sedih , takkan la nak beli air 1 cawan rm 1 :( . Tengok-2 yang ada Coffee bean & Tea . Wahoo ! abang saya nak belanja Coffee bean rupenye ;D saya pun tak tak kesah punnnn tak tak kesah ! lagi suka !

Abang hulur duit dan saya yang pergi sendiri , saya orderkan 3 Pure chocolate + Cream dan 2 slice Royal Chocolate kek ! hehe seronok dapat pilih sendiri ;p





Baiklah ! Hampir 1 jam jugak tau kiteorang duduk situ borak-2 minum-2 makan-2 . Sejuuk giler kat dalam ni , sampai seme-2 . Tapi saya tak kesah, janji abang saya belanja saya ikhlas , sayang abang umma muah !

...................................

Okey ! lepas tu kiteorang terus masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah . Rumah kawan abang umma kat Taman Pelangi , masa otw nak balik senai , Saya try la usha abang umma nak main Bumper car kat Danga bay tuu ha . Tapi abang cakap dia penat sangat , dia cakap tunggu minggu depan keluar dengan kak Dian and nadhia sekali . Main ramai-2 , ehehe seronoknye , Kenapa abang saya berubah secara drastik ni ? Allah memang sayang kan saya kan :']

.....................................

Sesudah sampai ke rumah , saya pun ambil semua barang-2 yang saya shopping tadi untuk dimasukkan ke dalam rumah . Saya nak cium pipi anak buah saya lagi selepas masuk ke rumah , tapi sadly , dia dah tidur :(( Sedihnya saya , saya nak cium , tapi abang aimi tak bagi dia cakap anak dia sensitif , bunyi sikit pun terbangun . So dengan hampanya saya terus masuk ke dalam bilik :( Saya bagitau abg aimi saya nak tidur dengan anak buah , tapi dia tak bagi . :((
Ehh lupa pulak nak bagitau nama dia , nama anah buah saya Muhamad Amirul Haziq bin Aimi .
hehe panjang giler name dia :DD !

Tidur gaya kapal terbang ! hehehe


Itujelah yang terjadi harini ! saya happy sangat ! saya juga bersyukur kerana Allah telah membuatkan abang saya berubah :'] tapi saya beharap sangat yang Abang umma tidak akan lupa daratan lagi :') Saya sayang awak sangat-2 abang umma .

Baiklah kawan-2 saya ada pesanan untuk kawan-2 , Esok kan saya tidak dapat hantar Kekasih saya kan ? sebab umi dia nak hantakan ? Actually , saya tidak dapat hantar dia besok , kerana saya perlu membeli peralatan-2 untuk ke poli nanti , Tengok ? inilah sebab kenapa saya tidak dapat hantar kekasih saya . Kalau umi kekasih saya tidak hanta kekasih saya besok , siapa yang hanta dia ? Jadi janganlah kawan-2 semua bersedih apabila apa yang kita janjikan tidak dapat ditunaikan , kerana Allah telah merancang semua perjalanan hidup kita . Berdoalah selalu kawan-2 . Allah sayangkan kita :']

Untuk Siti Nadhia Binti Shukor , Saya memang bersyukur sangat kerana Allah menemukan saya dengan awak , awak faham akan saya , awak tidak melihat harta , awak tidak memilih dan awak tidak pernah mengungkitkan . Saya berterima kasih sangat dengan awak kerana awak menerima saya seadanya .

Assalammulaikum !