Thursday 16 August 2012

Eidul Fitr

Assalammulaikum semua ! 
Apa khabar? Harap semua sehat sejahtera.
Puasa ok ? Ada ponteng-2? :3
Dah lama tak update blog ni , sunyi sepi jeee kan :D
Topik pada harini erm takde kot . Tapi saya nak share something ngan korang semua :D

Minggu lepas , saya dan senior sem 6 mencipta lagu untuk seorang insan yang diberi nama Hazwa Yaacob. Awal-2 main-2 je . Lepas da record 2-3 kali terus buat betul-2 

Lirik 

Mula aku datang ke sana
Aq  terjumpa seorang jelita
Gayanya bagaikan rembulan
Tanpa bertemankan sibintang dunia,
Yang kini berputar, menjadi satu tanda tanya.

Saatku terlihat wajahmu
Kau langsung menatap wajahku
Namun cara jelingan matamu sinis ,
Dan mengguris hatiku

Namun jangan kau fikirkan
Bagaikan seorang yang sempurna
Namun kecacatan hatimu
Masih ada dalam hatimu itu

Dalam diam aku suka padamu
Namun lidah aku terkelu
Bila berjumpa aku malu
Kuterasa hangat bahang cinta mu itu

Wawa..Wawa nikon.. Wawa Fallen for you.



.....................................................................

 Ceritanya macam ni ,
Masa kat kampus lama kat tepian sungai mersing tu , ada seorang gadis ni saya tak tahu pun nama dia saya tengok dia duduk ngan kawan-2 dia . Hati ni bedebar-2 tak tentu arah. Bila soal selidik si gadis ni , dapat tahu dia takde boyfriend lagi =D Lepas tu Ke-Esokkan harinya pula nmpak dia lepak-2 kat ground floor lagi , semasa saya otw nak pegi kelas saya toleh kearah dia , dia pun badi saya. Saya rasa macam jodoh je :p

Sampai sekarang saya masih berkawan dengan dia , moga Allah memberkati kami berdua ! yehey ! 
Oklah sampai di sini sahaja kay nak kemas-2 rumah :D
Selamat menyambut Hari raya aidilfitri !

 Hazwa Yaacob

Jika Allah hendak kita bersama, saya akan menjaga awak dengan sebaik mungkin :')


Di karang oleh Freddy Haans