Friday 9 November 2012

Mi Amor ( 11-September ~ 10 November )


Assalammulaikum w.b.t kepada viewers semua . Sehat ke? Tak sehat gi ospital kayh, buat urine test. Kehkehkeh ! :D

Ke-login-an saya disini , saya ingin mengarang cerita tentang aku dan dia .
Bukan ingin membanggakan diriku , tetapi berterima kasih ku yang tak ternilai untuk Allah s.w.t kerana telah mengabulkan doaku untuk membuka hati si dia menerima aku seadanya.


11 September

Pada 11 september 2012 ,  Politeknik Mersing Johor telah mengadakan Hari menderma darah sepoliteknik. Ini adalah kali pertama saya menderma darah.  Rasa perit dienjek masih terasa sampai sekarang . Tetapi ianya adalah sesuatu pengalaman yang amat baik sekali. Gambar je la eh,  malas nak tulis banyak-2 .




Begambar Bersama NorHazwani Binti Mohd Yaacob


1 Oktober

Cerita dia macam ni :D
Pada 1 october 2012, saya telah merancang sesuatu yang amat tidak dijangka . Melamar dia untuk menjadi kekasih ku. Banyak kesan negatif yang bermain difikiran saya time tu.
1) Jikalau dia tak terima , tak malu ke depan kawan-kawan ?
2) Jikalau dia lari ? Lepas ni berkawan lagi ke?

Sebelum saya membuat perkara tu , saya mendapatkan khidmat nasihat daripada senior lepas untuk keterangan lebih lanjut. Nasihat yang diberi ada berbau negatif , ada yang berbau semangat .

2 October , pada petang itu , saya sekali lagi pergi ke rumah senior dengan membawa sejambak bunga dan sepasang cincin yang dibeli oleh si dia di melaka. Senior mengatakan bahawa janganlah terburu-2 . Jikalau ditolak , punah harapan saya.  Tetapi ada senior yang lain kata,  teruskan rancangan saya . Mungkin hati dia sudah terbuka. Pada masa itu , fikiran saya sedikit positif sedikit negatif. 

Hampir jam 7 petang , saya masih terfikir-2 . Perluka aku melamar dia harini ? Selang beberapa minit , Syahibul memberitahu agar menyiapkan ayat-2 manis dan hilangkan nervous.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam . Saya meminta bantuan daripada rakan sekelasnya iaitu Wani dan Khiarah/Kak ya untuk memancing dia datang ke Dewan Kuliah . Saya pun tak tau dia pancing macam mane sampai dia percaya.  ekekhkehkh . Nice acting ladies :D

Tepat jam 8.30 , pintu Dewan kuliah berbunyi , menandakan si dia sudah masuk ke perangkap samar yang kami telah rancang dari semalam. Selepas dia masuk ke dalam dewan kuliah , saya menyuruh kawan-2nya untuk menunggu saya dan dia di luar . Sejambak bunga ku hayun di hadapan penglihatannya . Si dia menunjukkan riaksi yang amat terkejut sambil menutup mukanya dengan tangan . Ayat-2 yang telah disusun telah ku hambus keluar . Dia terduduk di tepian pentas. Lalu ku mengeluarkan sepasang cincin dengan mengeluarkan ayat ' Sudikah Norhazwani Binti Mohd Yaacob menjadi kekasih hati saya ? '. Tiada jawapan tetapi dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju . Lalu aku bangun dan mengucap Alhamdulillah kerana aku telah berjaya melamar dia . 

Selepas itu , aku memanggil kawan-2 di luar untuk masuk . Mereka telah menjadi saksi kami berdua . :)

Ucapan ku yang telah disisip rapi di jambakan bunga

12 Oktober

Sebelum berada pada 12 Oktober 2012 , banyak benda yang bermain-2 difikiran aku . Bilakah aku ingin bertemu janji perdana yang pertama. Banyak rancangan yang telah aku rancang . Tetapi tak semua berlaku pada 12 oktober. Mula-2 nya hanya ingin ke Bandar Kluang , itupun sekadar menonton wayang dan makan bersama. Tetapi ianya tidak tercapai kerana aku dan dia tidak tahu arah jalan ke bandar kluang jadi kami ke Johor Bahru.

Sesudah sampai ke Johor bahru , kami ke Jusco Tebrau untuk membuat tempahan ticket. Ticket kami berlangsung pada jam 3.30 petang , skrg baru sahaja jam 2.30 . Kami mempunyai 1 jam untuk dipersia-2kan. Kami menggunakan 1 jam itu untuk memenuhkan perut kami dengan makanan-2 ringan .

Senyuman yang membuat ku senang hati :D

Selepas tamat menonton wayang , jam menunjukkan tepat 7:30 malam , kami menghiburkan hati kami dengan menyanyi di Alibaba Karoeke. Kami memenuhkan perut kami lagi dengan memakan juadah yang dibeli di mcdonald , katanya ingin menikmati Samurai dengan perlahan-2 .

Selepas perut kenyang , kami berdua berjalan-2 sekitar danga bay , berborak-2 kosong . Nah gambar, otak dah kecut nak fikir ayat banyak-2 .








Sampai disini sahaja yang dapat ku karang , insyaAllah jikalau ada kelapangan , saya akan cerita tentang pengalaman memasuki LeaderShip Challenge peringkat kebangsaan . Terdapat kenangan pahit dan manis berlaku disana. 

Akhir kata , Jaga pemakanan dan minum anda semua . Moga Allah memberkati hari anda semua . Assalammualaikum w.b.t

Di karang oleh Freddy Haans