Sunday 11 November 2012

Extremely SweetMemories

11 November

Assalammulaikum semua ! Yeahh , saya baru je balik dari hanging around with my siblings , kekasih hati n kak anis . Macam biasa jugak lah . Dalam blog ni klau tak cerita saya , takkan cerita pasal korang pulak kan ? :P Okay mari saya cerita tentang kenangan manis pada hari ini . Saya rasa teramat bahagia sekali <- Kosa kata salah .

Malam tadi , memang mengantok gile . Sebab dapat emergency kes. Abang soh pegi mekD sebab dia kebuluran pada jam 4 pagi . Dengan teguh dan sabarnya sebagai adik last . Saya membuang batu ladong yang berada di kelopak mata saya untuk drive pepagi yang sungguh sejuk itu. 

Sadar-sadar dah pukul 9 pagi , lekasnya saya bangun daripada tilam yang hangat itu terus ke bilik air . Kerana harini saya mempunyai rancangan untuk kerumah Nu Aim ( Pelajar Politeknik Mersing Johor ) . Saya telah dijemput oleh beliau untuk hadir ke Majlis perkahwinan kakak beliau . 

Mula-2 memang terasa amat malas untuk pergi ke rumah beliau , kerana penat lelah mata ini tidak kehilangan. Namun hati ini amat menjaga hati seorang insan. Lalu daku pergi juga demi kawan tercinta.
Saya dan kekasih bergegas ke rumah beliau tepat pada jam 11 pagi . Alhamdulillah , perjalanan kami selamat . Cuaca juga kelihatan amat memuaskan . Hujan 20 minit  , cerah 20 minit . 

 Nu aim bersama kekasihnya
 Dia cakap muka saya kerek 


Alhamdulillah , Kiteorang dapat membuatkan beliau tersenyum . Ini sudah memadai , kami tidak 'lepak' kat sana lama sangat . Sebab ada rancangan lain . So selamat pengantin baru buat Kakak Nu aim . !
Lepas sampai je kat rumah  , saya terus merebahkan diri saya di depan kaca tv  . Disebabkan terlalu penat saya ketiduran di ruang tamu  .

Selepas 1 jam saya merehatkan mata, saya telah dikejutkan dengan bunyi yang amat kuat , iaitu lagu hindustan . Saya pun terjaga lalu melihat jam , jam menunjukkan pukul 4 petang , lalu saya terus bilas muka dengan pencuci muka dan siap sedia untuk meluangkan masa bersama-2 dengan yang tersayang.

Menunggu seorang gadis untuk menyiapkan diri memang memerlukan kesabaran level 100  . Kehkehkehkeh.
Siap punya siap punya siap , lalu kiteorang pun bergerak. Destinasi kami ke City Square Johor Bahru . Memang sudah lama tidak menjejakkan kaki kami ke sana . Memang banyak perubahan , panggung wayang juga turut berubah . Setelah sampai , kami terus bergegas ke atas untuk 'book' ticket awal-2 . Kami menonton Skyfall , ceritanya tak rumit . Aksi banyak , paling pedih saya tertido . HAHA

Sebelum menunggu cerita itu pada jam 7.30 malam . Kami berempat ke Seoul Garden untuk menjamu selera. Kak anis sekarang menjadi begitu kelakar , geli hati tengok gelagat kak anis , nah amek gamba tengok la sampai puas , dah takde idea nak tulis ape . Lepas makan -> tengok movie -> lepas tu balik .

 Abang umma and Kak anis


 Sebok nak tiup same-2 :p

Sampai disini sahaja la yehh viewers semua . Penat ni otak malam-2 kena fikir ayat hiperbola dll .
May Allah Bless Your Day !
Assalammualaikum w.b.t

Personal Message for her :
Bebbie , although we are far . I can feel your soul inside my heart . 
No one can stop our relationship .

Message from her for myself :
Perkara yang sudah lalu , biarkan lah ianya pergi . Jangan biarkan parut yang lama berdarah semula.
Beranikan diri untuk berhadapan dengan pengalaman yang kita alami sekarang . Kuat kan hati !
Jangan mempersia-2kan dan hargailah perasaan orang yang sayang akan kita.

Di karang oleh Freddy Haans