Sunday, 11 November 2012

Extremely SweetMemories

11 November

Assalammulaikum semua ! Yeahh , saya baru je balik dari hanging around with my siblings , kekasih hati n kak anis . Macam biasa jugak lah . Dalam blog ni klau tak cerita saya , takkan cerita pasal korang pulak kan ? :P Okay mari saya cerita tentang kenangan manis pada hari ini . Saya rasa teramat bahagia sekali <- Kosa kata salah .

Malam tadi , memang mengantok gile . Sebab dapat emergency kes. Abang soh pegi mekD sebab dia kebuluran pada jam 4 pagi . Dengan teguh dan sabarnya sebagai adik last . Saya membuang batu ladong yang berada di kelopak mata saya untuk drive pepagi yang sungguh sejuk itu. 

Sadar-sadar dah pukul 9 pagi , lekasnya saya bangun daripada tilam yang hangat itu terus ke bilik air . Kerana harini saya mempunyai rancangan untuk kerumah Nu Aim ( Pelajar Politeknik Mersing Johor ) . Saya telah dijemput oleh beliau untuk hadir ke Majlis perkahwinan kakak beliau . 

Mula-2 memang terasa amat malas untuk pergi ke rumah beliau , kerana penat lelah mata ini tidak kehilangan. Namun hati ini amat menjaga hati seorang insan. Lalu daku pergi juga demi kawan tercinta.
Saya dan kekasih bergegas ke rumah beliau tepat pada jam 11 pagi . Alhamdulillah , perjalanan kami selamat . Cuaca juga kelihatan amat memuaskan . Hujan 20 minit  , cerah 20 minit . 

 Nu aim bersama kekasihnya
 Dia cakap muka saya kerek 


Alhamdulillah , Kiteorang dapat membuatkan beliau tersenyum . Ini sudah memadai , kami tidak 'lepak' kat sana lama sangat . Sebab ada rancangan lain . So selamat pengantin baru buat Kakak Nu aim . !
Lepas sampai je kat rumah  , saya terus merebahkan diri saya di depan kaca tv  . Disebabkan terlalu penat saya ketiduran di ruang tamu  .

Selepas 1 jam saya merehatkan mata, saya telah dikejutkan dengan bunyi yang amat kuat , iaitu lagu hindustan . Saya pun terjaga lalu melihat jam , jam menunjukkan pukul 4 petang , lalu saya terus bilas muka dengan pencuci muka dan siap sedia untuk meluangkan masa bersama-2 dengan yang tersayang.

Menunggu seorang gadis untuk menyiapkan diri memang memerlukan kesabaran level 100  . Kehkehkehkeh.
Siap punya siap punya siap , lalu kiteorang pun bergerak. Destinasi kami ke City Square Johor Bahru . Memang sudah lama tidak menjejakkan kaki kami ke sana . Memang banyak perubahan , panggung wayang juga turut berubah . Setelah sampai , kami terus bergegas ke atas untuk 'book' ticket awal-2 . Kami menonton Skyfall , ceritanya tak rumit . Aksi banyak , paling pedih saya tertido . HAHA

Sebelum menunggu cerita itu pada jam 7.30 malam . Kami berempat ke Seoul Garden untuk menjamu selera. Kak anis sekarang menjadi begitu kelakar , geli hati tengok gelagat kak anis , nah amek gamba tengok la sampai puas , dah takde idea nak tulis ape . Lepas makan -> tengok movie -> lepas tu balik .

 Abang umma and Kak anis


 Sebok nak tiup same-2 :p

Sampai disini sahaja la yehh viewers semua . Penat ni otak malam-2 kena fikir ayat hiperbola dll .
May Allah Bless Your Day !
Assalammualaikum w.b.t

Personal Message for her :
Bebbie , although we are far . I can feel your soul inside my heart . 
No one can stop our relationship .

Message from her for myself :
Perkara yang sudah lalu , biarkan lah ianya pergi . Jangan biarkan parut yang lama berdarah semula.
Beranikan diri untuk berhadapan dengan pengalaman yang kita alami sekarang . Kuat kan hati !
Jangan mempersia-2kan dan hargailah perasaan orang yang sayang akan kita.

Di karang oleh Freddy Haans

Friday, 9 November 2012

Mi Amor ( 11-September ~ 10 November )


Assalammulaikum w.b.t kepada viewers semua . Sehat ke? Tak sehat gi ospital kayh, buat urine test. Kehkehkeh ! :D

Ke-login-an saya disini , saya ingin mengarang cerita tentang aku dan dia .
Bukan ingin membanggakan diriku , tetapi berterima kasih ku yang tak ternilai untuk Allah s.w.t kerana telah mengabulkan doaku untuk membuka hati si dia menerima aku seadanya.


11 September

Pada 11 september 2012 ,  Politeknik Mersing Johor telah mengadakan Hari menderma darah sepoliteknik. Ini adalah kali pertama saya menderma darah.  Rasa perit dienjek masih terasa sampai sekarang . Tetapi ianya adalah sesuatu pengalaman yang amat baik sekali. Gambar je la eh,  malas nak tulis banyak-2 .




Begambar Bersama NorHazwani Binti Mohd Yaacob


1 Oktober

Cerita dia macam ni :D
Pada 1 october 2012, saya telah merancang sesuatu yang amat tidak dijangka . Melamar dia untuk menjadi kekasih ku. Banyak kesan negatif yang bermain difikiran saya time tu.
1) Jikalau dia tak terima , tak malu ke depan kawan-kawan ?
2) Jikalau dia lari ? Lepas ni berkawan lagi ke?

Sebelum saya membuat perkara tu , saya mendapatkan khidmat nasihat daripada senior lepas untuk keterangan lebih lanjut. Nasihat yang diberi ada berbau negatif , ada yang berbau semangat .

2 October , pada petang itu , saya sekali lagi pergi ke rumah senior dengan membawa sejambak bunga dan sepasang cincin yang dibeli oleh si dia di melaka. Senior mengatakan bahawa janganlah terburu-2 . Jikalau ditolak , punah harapan saya.  Tetapi ada senior yang lain kata,  teruskan rancangan saya . Mungkin hati dia sudah terbuka. Pada masa itu , fikiran saya sedikit positif sedikit negatif. 

Hampir jam 7 petang , saya masih terfikir-2 . Perluka aku melamar dia harini ? Selang beberapa minit , Syahibul memberitahu agar menyiapkan ayat-2 manis dan hilangkan nervous.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam . Saya meminta bantuan daripada rakan sekelasnya iaitu Wani dan Khiarah/Kak ya untuk memancing dia datang ke Dewan Kuliah . Saya pun tak tau dia pancing macam mane sampai dia percaya.  ekekhkehkh . Nice acting ladies :D

Tepat jam 8.30 , pintu Dewan kuliah berbunyi , menandakan si dia sudah masuk ke perangkap samar yang kami telah rancang dari semalam. Selepas dia masuk ke dalam dewan kuliah , saya menyuruh kawan-2nya untuk menunggu saya dan dia di luar . Sejambak bunga ku hayun di hadapan penglihatannya . Si dia menunjukkan riaksi yang amat terkejut sambil menutup mukanya dengan tangan . Ayat-2 yang telah disusun telah ku hambus keluar . Dia terduduk di tepian pentas. Lalu ku mengeluarkan sepasang cincin dengan mengeluarkan ayat ' Sudikah Norhazwani Binti Mohd Yaacob menjadi kekasih hati saya ? '. Tiada jawapan tetapi dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju . Lalu aku bangun dan mengucap Alhamdulillah kerana aku telah berjaya melamar dia . 

Selepas itu , aku memanggil kawan-2 di luar untuk masuk . Mereka telah menjadi saksi kami berdua . :)

Ucapan ku yang telah disisip rapi di jambakan bunga

12 Oktober

Sebelum berada pada 12 Oktober 2012 , banyak benda yang bermain-2 difikiran aku . Bilakah aku ingin bertemu janji perdana yang pertama. Banyak rancangan yang telah aku rancang . Tetapi tak semua berlaku pada 12 oktober. Mula-2 nya hanya ingin ke Bandar Kluang , itupun sekadar menonton wayang dan makan bersama. Tetapi ianya tidak tercapai kerana aku dan dia tidak tahu arah jalan ke bandar kluang jadi kami ke Johor Bahru.

Sesudah sampai ke Johor bahru , kami ke Jusco Tebrau untuk membuat tempahan ticket. Ticket kami berlangsung pada jam 3.30 petang , skrg baru sahaja jam 2.30 . Kami mempunyai 1 jam untuk dipersia-2kan. Kami menggunakan 1 jam itu untuk memenuhkan perut kami dengan makanan-2 ringan .

Senyuman yang membuat ku senang hati :D

Selepas tamat menonton wayang , jam menunjukkan tepat 7:30 malam , kami menghiburkan hati kami dengan menyanyi di Alibaba Karoeke. Kami memenuhkan perut kami lagi dengan memakan juadah yang dibeli di mcdonald , katanya ingin menikmati Samurai dengan perlahan-2 .

Selepas perut kenyang , kami berdua berjalan-2 sekitar danga bay , berborak-2 kosong . Nah gambar, otak dah kecut nak fikir ayat banyak-2 .








Sampai disini sahaja yang dapat ku karang , insyaAllah jikalau ada kelapangan , saya akan cerita tentang pengalaman memasuki LeaderShip Challenge peringkat kebangsaan . Terdapat kenangan pahit dan manis berlaku disana. 

Akhir kata , Jaga pemakanan dan minum anda semua . Moga Allah memberkati hari anda semua . Assalammualaikum w.b.t

Di karang oleh Freddy Haans

Thursday, 16 August 2012

Eidul Fitr

Assalammulaikum semua ! 
Apa khabar? Harap semua sehat sejahtera.
Puasa ok ? Ada ponteng-2? :3
Dah lama tak update blog ni , sunyi sepi jeee kan :D
Topik pada harini erm takde kot . Tapi saya nak share something ngan korang semua :D

Minggu lepas , saya dan senior sem 6 mencipta lagu untuk seorang insan yang diberi nama Hazwa Yaacob. Awal-2 main-2 je . Lepas da record 2-3 kali terus buat betul-2 

Lirik 

Mula aku datang ke sana
Aq  terjumpa seorang jelita
Gayanya bagaikan rembulan
Tanpa bertemankan sibintang dunia,
Yang kini berputar, menjadi satu tanda tanya.

Saatku terlihat wajahmu
Kau langsung menatap wajahku
Namun cara jelingan matamu sinis ,
Dan mengguris hatiku

Namun jangan kau fikirkan
Bagaikan seorang yang sempurna
Namun kecacatan hatimu
Masih ada dalam hatimu itu

Dalam diam aku suka padamu
Namun lidah aku terkelu
Bila berjumpa aku malu
Kuterasa hangat bahang cinta mu itu

Wawa..Wawa nikon.. Wawa Fallen for you.



.....................................................................

 Ceritanya macam ni ,
Masa kat kampus lama kat tepian sungai mersing tu , ada seorang gadis ni saya tak tahu pun nama dia saya tengok dia duduk ngan kawan-2 dia . Hati ni bedebar-2 tak tentu arah. Bila soal selidik si gadis ni , dapat tahu dia takde boyfriend lagi =D Lepas tu Ke-Esokkan harinya pula nmpak dia lepak-2 kat ground floor lagi , semasa saya otw nak pegi kelas saya toleh kearah dia , dia pun badi saya. Saya rasa macam jodoh je :p

Sampai sekarang saya masih berkawan dengan dia , moga Allah memberkati kami berdua ! yehey ! 
Oklah sampai di sini sahaja kay nak kemas-2 rumah :D
Selamat menyambut Hari raya aidilfitri !

 Hazwa Yaacob

Jika Allah hendak kita bersama, saya akan menjaga awak dengan sebaik mungkin :')


Di karang oleh Freddy Haans

Saturday, 3 March 2012

A to Z

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera kepada viewers semua !
Harini saya akan menceritakan detik manis dan pahit saya di Mersing :D
no more cerita-2 about my senior . Semak jee. Huehuehuehuehue..

K first of all , saya nak beritahu bahawa saya mempunyai 2 ekor arnab yang bernama Blackie and Browniess :D Thanks to abang amer sbab dia telah memberi saya idea untuk membela arnab .




Mesti korang tertanya-2 kenapa arnab ? :D

  1. Arnab itu comel
  2. Najis dia tak bebau cuma air cecair buangan dia je
  3. Mudah dikendalikan
  4. Makan buah-buahan sayur-sayuran dan rumput di halaman rumah
  5. Kecik dan tak berat



Baiklah itu kesah rabbit saya , itu jee malas nak buat karangan tang rabbit , bukan syiok pun . Minggu lepas , ada birthday party classmate saya . Saya pun tak jangka yang Classmate saya ni rajin celebrate birthday-2 ni . Dia seorang perempuan , namanya Shyleena Binti Wahid kot , tak beberapa nak ingat . Umo sudah mencecah 21 tahun . Agak tua , dialah kakak kiteorang dalam kelas tu .

Sebeelum saya pergi ke destinasi party tu , dua orang roomate saya bernama Asraf dan Haikal belanja 1 rumah makan kat KFC due to diaorang buat PTPTN . Yeshh xD Mula-2 budak dua ekor ni mmg kedekot nak kluar duit belanja kiteorang , syco punya syco punya syco , lembek jugak nak belanja kiteorang . Hehuehueeee

Nah amek sikit gambar ni .





Selepas perut sudah menemui kawannya , saya pun pergi ke destinasi seterusnya bagi memeriah kan lagi party berkenaan . Setelah sampai , saya tengok budak-2 ni semua sebok-2 rancang itu ini untuk kenakan si birthday girl ni . Aku hanya mampu melihat dari jauh jee xD Okee first skali diaorang borak-2 ngan si birthday girl , pastu ada orang campak sebaldi air dari tingkat atas , mmg sangat sedih , apabila air yang dicurahkan tidak terkena pada sasaran , kenapa ? Kat mersing ni angin kuat , maklumlah kawasan laut :D

Tapi mereka tidak semua ni tak mengaku kalah , balingan air pusingan kedua ! terkena sedikit , Saya menggengam sejumlah tepung terus menuju kearah Shyleena . Dengan senyuman dan Kata-2 manis ' Hai shyleena ' dan terus mencampak tepung itu dimukanya , mmg rasa kasihan , tapi menyeronokkan *ketawa jahat* .

Selepas tamat permainan ' Flour War ' , Kek 500Gram pun datang dengan sejumlah lilin . Kami menyanyikan lagu ' Selamat Hari jadi ' untuk shyleena . Classmate saya ' botak ' meminta sedikit kek kerana ingin pulang ke rumah . Saya ingat dia nak makan , tapi dia pegi tempek kat muka shyleena . HAHA ! kelakar gila masa tu . Botak starting kan buat macam tu ? lepas tu kek tu bukannya dimakan , tapi dibuat main . Sape yang jadi mangsa? SAYA LAH . Saya paling banyak kena kek kat baju muka :( Baju kesayangan saya :'[






Baru-2 ni Politeknik kami ada mengadakan maulud Nabi kecil-kecilan , saya takde idea nak tulis apa , so saya letak gambar je la eh ? Pandai-2 lah korang imagine apa yang terjadi xD





Okay tu sahaje ;D

Masa cuti mid sem tu kan , abang umma ada belanja saya pegi Red-Box Collection tau ! Best ni set makanan saya :D




Malahan , anak buah saya juga sudah menjadi semakin comel seperti pak usu dia xD !




Baiklah viewers yang dikasihi sekalian , itu sahaja update yang mampu dibuat harini , first time update blog kat mersing xD segan-2 jugak kan . Mana ada orang main blog kat dalam rumah ni xD ok , itu sahaja Assalammulaikum


Kata-2 semangat : Jangan terlalu berfikiran negatif

Saturday, 18 February 2012

85%

Assalammulaikum Para hadirin sekalian.
Dah lama tak update blog ni, actually banyak assignment .
So tak dapat update daily :'[

Btw , harini saya nak ceritakan tentang pengalaman saya di Mersing ! Kadang-2 kita terdengar ada siswa atau siswa yang terkena culture shock . Yela kan tak pernah-2 duduk kat pedalaman , tibe-2 terus kena . Huhu -.-

First of all , saya nak cerita tentang Housemate saya ! Dalam rumah ada 9 orang penghuni termasuklah saya :D . 5 senior manakala 3 same batch. Mereka semua `ok' sporting dan garang -,..,- . Tapi so far takde benda yang menyakitkan hati berlaku.


Yang ni nama dia syahibul syabha , kiteorang panggil dia ibul. Berciri-2 kan kebapaan . Dia ni bagus , ada dia kat rumah , kompom teratur itu rumah . Suka menghisap rokok . Biasalah tu kan ? ;D


Yang kurus-2 pastu segak-2 ni nama dia shukri . Senior ni paling kelakar , manje pun ada jugak . Piff , rajin gilor dia mengemas kebun nak tengok gambar? sat ehh.





nampak tu , daun kering ke daun tak kering ke semua bantai nak bako , bagusnyeee ~



Ramli Yunus ni pulak suka sangat tengok cerita koreaa, pastu dia Professional main dota , dia ni sifu saya! hikhikhik :D ada kat rumah mersing jee siang malam mesti Dota . :DD



Redzuan a.k.a jejaka berkaliber, setiap hari nk pegi kelas mesti pakai smart-2 , walaupun senior lain mgumpat pun dia watlek jee. :D cool dude cool

-GAMBAR HAFIZ OTW-

Hafizuddin ni actually senior yang bagus , tapi dia malu nak tunjuk , its okay dude ! your secret is safe with me . :D


Yang badan berketak-2 ni , roomate saya nama dia Nasrullah , dia ni otak sama macam saya , nak pegi kelas pegi taknak pegi tanak pegi , so far takde kelas lagi yang kiteorang tak pegi . muehehe.
Yang botak tu nama dia Haikal a.k.a YB , kenapa panggil yb? entahlah, dengar-2 orang panggil dia camtu , terus melekat kat dahi ni .



Yang pendek ni nama dia asraf, buat keje lambat tapi teratur , bagus dia ni , berborak-2 ngan dia macam berborak-2 ngan prempuan . Mmg susah nak jmpa membe camne ^.^

.............................





Mesti tengok rumah tu rasa macam berhantu je kan rumahnye? awal-2 masa register pun ada perasaan macam tu jugak , tapi bila dah sebulan duduk sini , rumahni tenang . Tiada gangguan pun :D Alhamdulillah . Ada nampak kan kucing tu ? Nama dia 'imba' nama yang diberi oleh Ramli .

Nak tengok gamba dia lagi ? BOLEH !


Comel kan imba? :D memang lah tengok tuannya lah kan :D
Pss Pss , saya cuti 1 minggu tau untuk mid sem ni :D yeheyy ! Sebelum pulang saya dapat mengambil gambar ngan senior :D



Lastly , penah tengok orang tido cara pelik ? :P


Otak saya pun dah takde idea ni , tak tahu nak cakap ape dah. Cukuplah sampai sini je kay , esok klau ada pegi mana-2 ada sweet-2 , saya update lagi .

Babaii Assalammulaikum.